Tuesday 11 March 2014

Allah Yang Satu :')

Assalamualaikum ,

Hey , long long long time tak tulis blog ni rite ? Memang dah berhabuk pun blog ni :3 Biasa lah tahun lepas buzy dengan SPM . Now , i'm waiting for the result . Seriously , hatiku bagai nak meletop menantikan keputusannya . I hope I pass :) And kita doakan jugak pelajar-pelajar SPM 2013 dapat keputusan yang terbaik dan cemerlang , AMIN .

Okay , now I want to story about ........ Hurm pasal apa eh ? oh .. ye . Korang perasan dok ? Sekarang macam musibah , kesusahan , kerosakan akhlak manusia dan macam-2 lah yang melanda sekarang ni kan ? Contohnyaa ..

*cuaca tak menentu 
*kemarau 
*hujan tak turun
*pesawat MH370 hilang . 
*akhlak remaja yang semakin merosot
macam-2 lagi daaaa ...



How that can happen ? Well salah satu sebab ialah kerana kita sudah semakin jauh dengan pencipta kita , lupa kepada pencipta kita , melanggar segala larangannya dan sebagainya . Dalam hidup apatah lagi seorang muslim dan muslimah , kita kenalah sentiasa bersujud , berdoa , dan sentiasa ingat kepada Allah SWT . Sesungguhnya kita hanya lah seorang hamba yang tidak sempurna yang hanya menumpang di dunia ini buat sementara . Sememangnya suatu hari nanti kita akan diangkat dan dikembalikan semula kepada Allah SWT.

Bukan aku nak cakap yang aku ni sempurna or baik sangat , but alhamdullilah sekarang ni aku lebih tenang daripada dulu , kerana apa ? kerana aku kembali bersujud kepadaNya , sentiasa memohon dan berdoa kepadaNya . Korang tahu tak ? Bila kita solat dan berdoa kepada Allah SWT sekaligus hati kita akan lebih tenang , hidup kita akan lebih diberkati dan kita akan jalani kehidupan dengan aman dan tenteram . Sekarang ni sememangnya aku sedih tengok orang-2 disekeliling aku :( Terutama rakan-rakanku . Macam-macam masalah dan kesusahan yang mereka hadapi . If I can , I want to give some advice and help them . Tapi , kadang-kadang aku takot korang akan memperlekehkan apa yang aku cuba sampaikan . Korang sedar tak apa yang berlaku dalam hidup korang ada maksudnya ? Korang nampak tak yang Allah SWT nak korang kembali kepadaNya ? Korang nampak tak Allah SWT uji korang sebab Allah SWT sayang dekat korang ? *banyak pulak korangnya
So , apa yang aku cuba nak sampaikan kat korang ni , please try slowly kembali kepadaNya , tak kesah lah kalau orang lain dah anggap kita ni jahat or cakap yang bukan-2 ke , atleast dengan kita solat dan berdoa kepada Allah SWT , kita akan dapat berfikir dengan lebih matang dan selesaikan sesuatu masalah itu dengan lebih mudah dan tenang . Even kita diberi masalah yang terlampau berat sekalipun , kita boleh bersabar dan tenang jika kita sentiasa solat , berdoa dan tawakkal , In Sha Allah :')



Eh , terpanjang berjela-jela pulok . Okay lah aku stop . Aku cerita ni bukan sebab aku nak tunjuk yang aku ni alim sangat dok aiy .. Aku sebagai seorang islam hanya ingin menasihatkan dan mengingatkan rakan-rakan ku dan umat islam yang lain supaya jangan lupa kepada pencipta kita iaitu Allah SWT . Solat dan sentiasa lah berdoa dan memohon kepadaNya , semoga anda-anda semua dapat menjalani kehidupan dengan lebih aman dan sejahtera . Amin .. 

Assalamualaikum :)